KEBUDAYAAN KEBANGSAAN SEBAGAI ALAT
PERPADUAN
DISEDIAKAN OLEH: TAN XIN HUI
PRAKATA
Assalamualaikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu saya ingin mengucap jutaan terima kasih kepada Tuan
Haji Hamdan Bin Yaakub, iaitu pensyarah Pengantar Bahasa Melayu saya kerana
telah memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal
lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan
ini.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu
bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit
dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin
tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna.
Selain itu, saya juga mengucapkan
jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam
membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.
Blog yang disediakan adalah untuk menyiapkan tugasan subjek BMZ 1034, dan bog ini akan menerangkan kebudayaan kebangsaan sebagai alat perpaduan dalam negara kita.
Sekian terima kasih.
Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum terutamanya Melayu, Cina dan Inida, ini telah menjadi teras kepada kekuatan Malaysia untuk menjadikan sebuah negara yang maju dalam tempoh beberapa tahun lagi. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu menghayati konsep perpaduan supaya membina negara yang harmoni dan saling menghormati. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad (1995), manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan.
Menurut
Kamus Dewan Edisi Kedua (2005), budaya didefinisikan sebagai tamadun, peradaban
dan kemajuan fikiran, akal budi iaitu cara berfikir dan kelakuan. Manakala
nasional bermakna berkaitan dengan bangsa sendiri, kebangsaan. Menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga (1994), perpaduan ialah penggabungan, peleburan,
persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu,
sepakat dan sebagainya. Persoalan yang kita akan membincangkan ialah
bagaimanakah kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan di negara kita?
Pertama
sekali, bahasa kebangsaan merupakan alat perpaduan masyarakat yang paling berkesan. Hal ini dapat dibukti dengan sejarah
dunia iaitu pada zaman purba, Maharaja Shih Huang Ti telah menggunakan sistem
tulisan yang sama untuk menyatukan suku Cina yang berpuluhan di negara China.
Oleh itu, negara kita juga menggunakan kaedah penyatuan linguistik dalam usaha
menyadupadukan rakyat yang berbilangan kaum di negara kita. Menurut Perkara
152, Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu digunakan sebagai alat komunikasi
yang penting untuk menyatu-padukan semua lapisan masyarakat. Penggunaan bahasa
Melayu semakin meluas dan menjadikan bahasa rasmi, rakyat Malaysia haruslah
dapat menguasai dan mempunyai kemampuan
berbahasa bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadikan bahasa yang digunakan
untuk berkomunikasi antara rakyat yang berbilangan kaum tanpa halangan.
Penguasaan pelbagai bahasa di
peringkat sekolah tanpa mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara
juga mampu menjadi pemangkin kepada agenda perpaduan negara. Penggunaan
satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain
dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga dan dapat menimbulkan perasaan
perpaduan serta membinakan masyarakat yang harmoni. Oleh itu, pada tahun 1957,
bahasa Melayu telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran, Ordinan
ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan
bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah.
Selain itu, mengadakan rumah terbuka semasa
hari perayaan juga dapat memupuk perpaduan. Menuruti Mohd. Saiful Mohd.Sahak
(2019), perpaduan dalam kepelbagaian itu turut dicerminkan dalam
festival atau perayaan-perayaan kaum yang didasarkan kepada amalan agama atau
adat resam mewakili kaum berkenaan. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama
yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk sifat saling
bertoleransi dalam kalangan rakyat di Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi
telah diamalkan ketika perayaan yang ada di negara kita seperti Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal, ini dapat mengeratkan
hubungan antara rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri majlis rumah
terbuka, kita dapat mengenali adat resam kaum lain dengan lebih mendalami serta
menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara sama lain. Melalui
penyertaian majlis rumah terbuka perayaan kaum lain, kita juga dapat menikmati
makanan tradisional mengikut kaum yang ada di Malaysia. Oleh itu, majlis rumah
terbuka semasa perayaan harus diadakan untuk memupuk perpaduan antara rakyat
yang berbilang kaum.
Seterusnya, negara kita dihuni oleh rakyat yang
pelbagai kaum dan mempunyai kebudayaan yang unik bagi setiap kaum. Perpaduan
kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk dengan melalui menyertai
persembahan kebudayaan yang unik secara tidak langsung dapat menarik minat dan
perhatian dari masyarakat yang berbilang kaum seperti mengadakan persembahan di
peringkat sekolah dengan tarian tradisional oleh pelbagai kaum, contohnya, Tarian
Zapin dan Tarian Inang yang disembah oleh orang Melayu, Tarian Kipas, Tarian Singa
dan Tarian Piring oleh orang Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh
orang India. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada dalam negara kita dapat
memupuk perpaduan kaum dan dapat memberikan peluang untuk mengenali tradisional
kaum lain dengan lebih mendalami seperti bak kata pepatah, tak kena maka tak
cinta.
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. Oleh itu, terdapat banyak makanan tradisional yang dapat mempengaruhi perpaduan kaum di Malaysia. Setiap kaum di Malaysia mempunyai sejarah tentang makanan tradisional dan pelbagai lagi. Sebagai contohnya, nasi lemak, dan lontong bukan hanya dimakan oleh kaum Melayu, Tosei, Capati, Roti Canai dan Roti Nan juga bukan sahaja dimakan oleh kaum India, Yong Tau Fu juga bukan sahaja dimakan oleh kaum Cina tetapi tanpa mengira kaum dan bangsa. Dalam negara kita, makanan tradisional mengikut pelbagai kaum boleh dimakan oleh sesiapa sahaja dan dapat mengeratkan hubungan antara rakyat yang pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini demikian semasa kita memakan makanan tradisional kaum lain, kita juga boleh mengetahui sejarah atau resipi makanan tersebut dan ini dapat menjana peluang untuk kita mengenali sejarah atau adat resam kaum lain dengan lebih mendalami. Sebagai contohnya, tradisi Ketupat atau Lontong ini diperkirakan berasal dari saat Islam masuk ke tanah Jawa. Dalam sejarah, Sunan Kalijaga adalah orang yang pertama kali memperkenalkannya pada masyarakat Jawa. Beliau membudayakan dua kali Bakda, iaitu Bakda Lebaran dan Bakda Kupat. Bakda Kupat dimulai seminggu sesudah Lebaran. Pada hari yang disebut Bakda Kupat tersebut, di tanah Jawa waktu itu hampir setiap rumah terlihat menganyam ketupat dari daun kelapa muda. Setelah sudah selesai dimasak, kupat tersebut diantarkan ke kerabat yang lebih tua, menjadi sebuah lambang kebersamaan.
Seterusnya, permainan tradisional juga dapat memupuk perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum. Hal ini demikian permainan tradisional dapat menjadi sebagai tali penghubung antara pelbagai kaum di Malaysia. Boleh kata semua pernah melalui saat-saat itu, yang mana tanpa disedari, ia sebenarnya memupuk perpaduan dan merapatkan hubungan sejak kecil lagi. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu permainan akan dapat menanamkan semangat perpaduan dan bekerjasama. Permainan yang dapat memupuk perpaduan dan bekerjasama sebagai contoh, permainan lompat getah, batu seremban, galah panjang, konda-kondi dan congkak.
Bukan itu
sahaja, sambutan Hari Kebangsaan juga dianggapkan satu jalan yang berkesan
dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Perasaan
kekitaan, persefahaman dan perpaduan adalah teras kepada penyatuan dan
keharmonian rakyat di negara ini. Sebagaimana yang
semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan
negara. Setiap tahun, upacara sambutan Hari Kemerdekaan akan disertai oleh
rakyat yang pelbagai kaum. Lazimnya, sambutan tersebut akan mengadakan pelbagai
aktiviti dan persembahan seperti tarian tradisional dan muzik tradisional.
Sambutan Hari Kebangsaan dapat memupuk perpaduan kerana semasa rakyat yang
pelbagai kaum menyertai sambutan tersebut dapat mengenali tradisional dan
keunikan kaum lain, dengan ini kita dapat mengeratkan hubungan antara kaum
lain.
Kesimpulannya, perpaduan merupakan hadiah yang tidak dapat dibeli
dan amat penting. Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersatu teguh bercerai
roboh, semangat perpaduan akan menyebabkan sesuatu masyarakat menjadi harmoni
dan kukuh, manakala apabila berpecah-pecah, masyarakat akan hancur. Oleh itu,
kita haruslah mengambil berat terhadap isu-isu yang berlaku di negara kita dan
berusaha untuk memajukan negara kita dan membina sebuah negara yang harmoni.
SUMBER RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kamus Dewan
Edisi Kedua (2005). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan